Syarat & Peraturan Karnival Bolasepak Kemerdekaan Ke-55 (2012)

KARNIVAL BOLASEPAK KEMERDEKAAN KE-55 (2012)

Anjuran Kelab Bolasepak PNSB
 
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN


1.
PERATURAN AM
1.1
Pertandingan bolasepak ini akan dijalankan mengikut undang-undang permainan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melainkan perubahan-perubahan yang dibuat oleh penganjur kejohanan.
1.2
Pendaftaran pertandingan adalah secara siapa cepat dia dapat – menurut pembayaran tunai. Namun demikian, pihak penganjur berhak untuk menolok mana-mana penyertaan tanpa sebab.
1.3
Penganjur tidak akan membayar sebarang ganti-rugi kepada pasukan-pasukan yang bertanding sekiranya pertandingan dibatalkan, ditunda dan sebagainya. Sekiranya terdapat pasukan yang menarik diri daripada pertandingan sama ada sebelum atau ketika pertandingan dijalankan, pihak penganjur tidak akan membayar ganti-rugi. Pihak penganjur juga berhak untuk menggantikan mana-mana pasukan yang menarik diri dengan mana-mana pasukan yang layak bagi meneruskan pertandingan.
 
 
2.
JENIS PERTANDINGAN
2.1
Pertandingan bolasepak 7 SEPASUKAN remaja BAWAH 8 TAHUN dan 10 TAHUN.
2.2
Pertandingan bolasepak 11 SEPASUKAN remaja BAWAH 12 TAHUN, 14 TAHUN dan 16 TAHUN.
 
 
 
 
3.
PENYERTAAN
3.1
Terbuka kepada semua pasukan sekolah, kelab atau akademi bolasepak di Malaysia dan negara lain.
3.2
Pasukan dibenarkan untuk mendafiar 10 pemain dan 2 peqawai untuk Kategori Bawah 8 Tahun dan 10 Tahun.
3.3
Pasukan dibenarkan untuk mendafiar 16 pemain dan 2 peqawai untuk Kategori Bawah 12 Tahun, BAWAH 14 TAHUN  dan BAWAH 16 Tahun.
3.4
Yuran penyertaan adalah seperti yang dinyatakan di dalam risalah.
3.5
Setiap pasukan adalah bertanggungjawab terhadap perbelanjaan masing-masing untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
 
 
4.
KELAYAKAN PESERTA
4.1
Pemain hendaklah berumur 8 tahun dan ke bawah (tahun lahir pada 2004 atau selepasnya) bagi Kategori Bawah 8 Tahun.
 
Pemain hendaklah berumur 10 tahun dan ke bawah (tahun lahir pada 2002 atau selepasnya) bagi Kategori Bawah 10 Tahun.
 
Pemain hendaklah berumur 12 tahun dan ke bawah (tahun lahir pada 2000 atau selepasnya) bagi Kategori Bawah 12 Tahun.
 
Pemain hendaklah berumur 14 tahun dan ke bawah (tahun lahir pada 1998 atau selepasnya) bagi Kategori Bawah 14 Tahun.
 
Pemain hendaklah berumur 16 tahun dan ke bawah (tahun lahir pada 1996 atau selepasnya) bagi Kategori Bawah 16 Tahun.
4.2
Terbuka kepada semua penduduk-penduduk di Malaysia dan negara jiran.
4.3
Setiap pemain perlu membawa Sijil Lahir/Kad Pengenalan/Passport dan satu salinan (fotokopi) perlu diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan pada hari pertandingan.
 
 
5.
JADUAL PERTANDINGAN
5.1
Jadual pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
 
 
6.
SISTEM PERTANDINGAN
6.1
Pertandingan ini terbuka kepada maksima 20 pasukan sahaja.
6.2
Johan dan Naib-Johan setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku-akhir, pemenang suku-akhir akan layak ke separuh akhir dan seterusnya ke perlawanan akhir.
6.3
Bagaimanapun, pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan berhak untuk mengubah sistem pertandingan mengikut kesesuaian pada hari pertandingan.
 
 
7.
MASA PERMAINAN
7.1
Kategori Bawah 8 dan 10 tahun:
Pusingan awal : 15 minit setiap perlawanan tanpa rehat
Suku akhir: 15 minit setiap perlawanan tanpa rehat
Separuh akhir dan Akhir : 15 minit  setiap perlawanan tanpa rehat.
7.2
Kategori Bawah 12, 15 dan 17 tahun:
Pusingan awal : 15 minit setiap perlawanan tanpa rehat
Suku akhir: 15 minit setiap perlawanan tanpa rehat
Separuh akhir dan Akhir : 15 minit  setiap perlawanan tanpa rehat
7.3
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan berhak untuk mengubah tempoh perlawanan sekiranya perlu berdasarkan keadaan semasa kejohanan.
7.3
Keputusan untuk perlawanan ditunda atau dihentikan adalah hak muktamad Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
 
 
8.
PEMBERIAN MATA DAN MENENTUKAN KEDUDUKAN
8.1
Menang   - 3 mata
Seri         - 1 mata
Kalah      - 0 mata
8.2
Penentuan sekiranya berlaku persamaan mata:-
i.          Perbezaan jaringan
ii.         Jumlah jaringan
iii.        Jumlah bolos
iv.        Menang perlawanan awal
v.         Keputusan Pengurus Pertandingan
8.3
Dalam peringkat kalah-mati, sekiranya keputusan seri selepas waktu permainan biasa, TIGA (3) sepakan PENALTI bagi setiap pasukan akan diadakan bagi menentukan pemenang. Sekiranya masih lagi berkeputusan seri, sepakan penalti ’sudden death’ akan diadakan. Pengurus-pengurus pasukan akan dimaklumkan berkenaan kaedah sepakan penalti ini.
 
 
9.
PAKAIAN PEMAIN
9.1
Setiap pasukan wajib memakai pakaian yang sesuai untuk permainan bolasepak. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mencadangkan dua (2) set jersi yang berlainan warna.
9.2
Pemain hendaklah memakai nombor jersi yang sama dengan nombor yang tercatat dalam borang pendaftaran pemain.
 
 
10.
PERTUKARAN PEMAIN
10.1
Tiada had terhadap pertukaran pemain. ‘Rolling substitution’ dibenarkan sepanjang pertandingan. Namun jumlah pemain gantian adalah seperti yang dibenarkan di dalam borang penyertaan.
 
 
11.
KELEWATAN PASUKAN KE TEMPAT PERLAWANAN
11.1
Semua pasukan yang bertanding wajib mematuhi jadual pertandingan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
11.2
Masa menunggu selama lima (5) minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat menepati jadual pertandingan terkini sebelum kemenangan percuma diberikan kepada pasukan yang hadir.
11.3
Kemenangan percuma direkodkan dengan 3 mata dan jaringan 3 – 0.
11.4
Masa di antara setiap perlawanan pada peringkat awal ialah lima (5) minit.
11.5
Masa di antara setiap perlawanan pada peringkat kalah-mati ialah sepuluh (10) minit.
 
 
12.
BANTAHAN
12.1
Hanya bantahan berkenaan kelayakan pemain sahaja boleh dilakukan.
12.2
Bantahan harus dibuat dalan masa 30-minit selepas perlawanan berakhir berserta yuran bantahan RM 250.00 kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
12.3
Wang bantahan akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut berjaya.
 
 
13.
PERATURAN TINDAKAN TATATERTIB
13.1
Dua (2) kad kuning amaran dalam masa pertandingan – digantung satu (1) perlawanan.
13.2
Dua (2) kad kuning amaran dalam masa perlawanan – digantung satu (1) perlawanan.
13.3
Satu (1) kad merah perintah keluar padang – digantung dua (2) perlawanan atau lebih bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Tatatertib.
 
 
14.
HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN
14.1
Segala peraturan yang tertera di dalam kejohanan ini adalah muktamad dan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan berhak meminda mana-mana aspek pertandingan tanpa memberi pengumuman awal. Perubahan atau pertukaran yang dibuat oleh pihak penganjur tidak memerlukan persetujuan pasukan-pasukan yang bertanding. Ini termasuk hak untuk menukar/mengubah jadual pertandingan, format pertandingan, peraturan pertandingan, syarat-syarat pertandingan, penukaran pemain, jangkamasa perlawanan dan sebagainya.
14.2
Segala hal yang tidak diperuntukkan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan segala keputusan adalah muktamad.